..KERANA HIDUP MENUNTUT PERJUANGAN..

"GOOD, BETTER, BEST...NEVER LET iT REST, TiLl UR GOOD iS BETTER AND UR BETTER iS BEST.."

Sunday, April 4, 2010

..[P][E][N][C][A][R][i][A][N]..




 Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari kamu walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu..


Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.


RiNDUKU MASiH DiSiNi

Hari ini, saat dan ketika ini..aku RiNDU. kerinduan yg tdk bertepian buat insan2 yg amat aku sayangi..terutamanya mama..abah..dan adek kembar kesayanganku..betapa waktu yg berlalu dan keriangan bersama kwn2 tdk mampu menggugat sebuah kerinduan..betapa hebat dan kuatnya nilai kasih syg aku dan mereka..dan aku sedari siapalah aku tanpa mereka..kerana mereka aku masih disini..kerana mereka aku menjadi seperti aku yg hari ini..

Waktu yg lalu..byk mengajar aku tentang kehidupan..menjadi seorang perempuan yg bukan sekadar hiasan dunia semata..menuntut pengorbanan dan pengertian dari hati yg paling dalam..dunia kini penuh cabaran..kegemilangan dunia remaja bukan satu jaminan kebahagiaan..sekali langkah tersasar haluan..payah mencari jalan keredhaan..

Aku bukanlah insan selayaknya untuk berbicara tentang orang lain..tp d pandangan mata..aku berhak memberi pandangan..lihat saja rakan2 sekeliling..sesetengahnya membuat aku rasa takut..takut dengan hari2 akan datang mereka..d mn nilai diri sendiri..aku sendiri kurang pasti..lupakah pada pesan ibu dan ayah..lupakah pada harapan dan pengorbanan yg mereka sandarkan..lupakah pd asal kita d dunia ini??? d mn nilai kasih syg kita pd mereka???

Ingatlah kawan..langit yg cerah bukan slamanya..ada waktu hujan akn tetap membasahi bumi..aku tidak ingin melihat jiwamu yg gersang basah tiba2 dilanda banjir air mata kerana penyesalan yg tidak berpenghujung..ayuh..sedarlah dari mimpi..pulanglah ke dunia realiti..SIAPA PUN KITA, BERPIJAKLAH D BUMI YG NYATA..

KHABAR KPD KAWAN

Perjalanan ini rasa sangat menyedihkan..
sayang engkau tak duduk di sampingku kawan..
banyak cerita yang mestinya kau saksikan..
di tanah kering bebatuan..
tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan..
hati tergetar menampak kering runtuhan..
perjalanan ini pun seperti jadi saksi..
gembala kecil menangis sedih..
kawan cuba dengar apa jawabnya..
ketika ia kutanya mengapa..
bapa ibunya telah lama mati..
ditelan bencana tanah ini..
sesampainya di laut ku khabarkan semuanya..
kepada karang..
kepada ombak..
kepada matahari..
tetapi semua diam, tetapi semua membisu..
tinggal aku sendiri terpaku menatap langit..
barangkali di sana ada jawabnya..
mengapa di tanahku terjadi bencana..
mungkin tuhan mulai bosan melihat tingkah kita..
yang selalu salah dan bangga dengan dosa2..
atau alam mulai enggan..
bersahabat dengan kita..
cubalah tanya pada rumput yang bergoyang..

Saturday, April 3, 2010

AKU & MEREKA

Seusia 6 semester kami bersama, di final sem baru berkesempatan utk bersama mengembara..menyemarakkan persahabatan yg terbina..biar ada dugaan dan peristiwa yg menggugat kegembiraan, namun keakraban tetap terjalin erat..betapa bermakna nilai sebuah persahabatan..dan kawan2..betapa aku menghargai kalian semua..yg selama ini mewarnai seepisod dunia kehidupan aku..
 sweet memory..dbs6b 2010

TENTANG C.I.N.T.A.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.